Sunday, 20 September 2015

TERKINI!!!!!!!!!!!!!! NADIA AQILAH HILANG...????????









PELAKON serba boleh yang mempunyai bakat hebat ini masih tenggelam dalam arena perfileman mahupun drama-drama televisyen tempatan.
Selepas menerajui watak Zaiton Sameon, dalam filem Zaiton Ceritaku, namanya seakan sepi di layar perak.
Meski pun begitu, namanya tidak pernah sunyi daripada membintangi teater-teater terkenal di Malaysia.
Bukan sahaja pandai berlakon, Nadia Aqilah sememangnya mempunyai suara yang mantap dan berbakat besar di bidang nyanyian.
Memenangi anugerah dalam BOH Cameronian Award sebagai Best Performance Supporting Role dan Best Performance For Leading Role, Nadia diumumkan bakal membintangi teater muzikal P Ramlee, Dari Singapura Ke Penang di bawah terbitan ENfiniti Vision Media Sdn Bhd. Kali ini, dia diberi kepercayaan menggalas watak utama sebagai primadona, Saloma,
Pementasan musim ke empat ini akan memulakan jelajahnya di Johor pada 28 Ogos ini diikuti Johor dan Melaka sehingga September depan.
“Terus-terang sepanjang pementasan bagi musim sebelum ini saya tidak berani baca komen orang. Tak kira di media massa mahupun laman sosial. Saya takut. Kalau baca yang baik saya takut 'over confident' dan kalau baca yang buruk, takut semangat jatuh dan sebagainya.
“Memang setiap malam sebelum persembahan saya rasa amat berdebar. Apabila dah habis pementasan baharulah saya berani baca dan Alhamdulillah saya menerima banyak respons positif dan saya gembira dengannya. Untuk kali ini pun saya takut nak baca,” kata Nadia.











Memenangi anugerah, bererti Nadia telah berjaya menyampaikan watak Saloma dengan baik sekali gus membuktikan kebolehannya.
Mengakui bukan mudah untuk meresap menjadi Saloma lalu menterjemahkannya kepada penonton, Nadia tidak berdiam diri sebaliknya melakukan kajian dengan mendekati ahli keluarga Allahyarhamah untuk mengetahui dan memahami karakter primadona tersebut.
“Sepanjang saya mengenali Saloma, watak yang sangat susah untuk saya terjemahkan adalah karakteristik hidupnya. Dia wanita yang jenis bersiap cantik-cantik, cakap lembut dan sangat sempurna. Dia sangat primadona.
"Saya sendiri ada mendekati famili beliau contohnya kak Melissa Saila yang banyak memberikan tunjuk ajar,” katanya.
Ditanya mengenai kariernya yang lebih menjurus ke arah teater dan bukan drama mahu pun filem tempatan, Nadia sambil tersenyum menganggap ini sebagai asam garam industri.
“Lama-lama apabila dah lalui banyak perkara dalam industri saya rasa okey dan akan ada hikmah dan orang akan mula ingat dalam kerja saya. Itulah yang saya nak. Walau pun dah menang anugerah dalam teater, saya tak boleh raikan lagi tapi saya rasa macam ini hadiah untuk saya dan ia berbaloilah,” akhirinya.







Read »

Saturday, 19 September 2015

PANAS!! Kerana Anak..Ibu Kene Jawab..KILAFAIRY???














Pelakon Kilafairy mengakui kesal apabila ibunya, penyanyi Rohana Jalil menjadi buruan setiap kali namanya dikaitkan dengan isu dan kontroversi.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 23, berkata, dia berasa kasihan dengan ibunya itu kerana tidak semua gosip diketahui wanita berkenaan namun terpaksa menjawab bagi pihaknya.
“Ibu saya sering menjadi sasaran untuk menjawab segala kontroversi yang melanda diri saya malah adakalanya dia sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara dibangkitkan.
“Saya lebih suka dia tidak menjawab apa-apa kerana bimbang akan ada pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi kenyataannya dan menyebabkan sesuatu isu itu menjadi lebih besar,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Kilafairy, dia tidak terlalu tertekan dengan semua gosip melanda dirinya kerana menganggap ia sebahagian daripada lumrah dunia hiburan dan dibesarkan dalam persekitaran tersebut.
“Ibu saya sudah lama dalam industri ini, jadi sedikit sebanyak saya sudah faham dengan lumrah dunia hiburan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Kilafairy berkata, namanya agak tenggelam sejak akhir-akhir ini daripada sebarang publisiti bukan kerana sengaja menjauhi mana-mana pihak.
Sebaliknya, dia lebih selesa tidak terlalu menjadi perhatian ramai disamping enggan namanya dikaitkan dengan mana-mana kontroversi.
“Cukuplah dengan pelbagai cerita kurang enak sebelum ini dan sudah tiba masanya saya fokus betul-betul pada lakonan dan nyanyian.
“Saua juga lebih selesa berdiam diri apabila timbul isu tidak enak tentang saya kerana tidak mahu ia diperbesar-besarkan.
“Saya masih ada dan tidak menghilang cuma sedang sibuk dengan penggambaran dan menguruskan butik pakaian saya, Rack,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Kilafairy berkata, dia kini sedang dalam proses melancarkan single terbaharunya yang mendapat sentuhan daripada komposer dari Indonesia.











Read »

Tuesday, 15 September 2015

PANAS!!!!! NABILA HUDA DIAJAK PEMINAT TUKAR AGAMA..??? TETAPI...
















"Saya tidak tahu dan dah malas.Saya tak mahu komen apa-apa," Begitulah luahan bapa kepada Nabila Huda iaitu Amy Search mengenai perkembangan terkini anaknya itu...
Ternyata tugas sebagai bapa sememangnya agak berat untuk ditanggung oleh Amy... Ini kerana, apa sahaja keburukan yang tersebar tentang anaknya itu pasti dia juga terkena tempiasnya...
Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini..Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja...Saya tidak akan berceti kepada media...
Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu...Biarlah dia...
Berita mengenai Nabila diajak pengikut laman sosial, Instagram, untuk menukar agama itu hanya diketahui oleh saya pada hari ini (semalam)," tambah Amy lagi seolah sudah serik memberi nasihat....
Bukan apa, sebelum ini pun Amy sudah pernah menasihati dan menegur anak perempuannya itu... tetapi tidak berhasil...
Mendengar butir bicara Amy itu, ia seolah membayangkan penyanyi ini begitu kecewa dengan kelakuan Nabila yang merangkul gelaran, Selebriti Wanita Paling Seksi, di majlis Anugerah Stail Eh! 2014, baru baru ini. ...
Bahkan ini bukan kali pertama Nabila dilanda kontroversi, malah ada sahaja kontroversi baru yang diciptanya...
Ia termasuklah salah seorang pengikut laman Instagramnya, bernama Darian Christ telah mengajak Nabila untuk menukar agama kerana Islam dilihat sudah tidak relevan dengan kehidupannya....
Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ia ajakan serius atau sekadar untuk menyedarkan Nabila daripada terus bermimpi.... Allahu a'lam






Read »

Monday, 14 September 2015

GEMPAR..!!! 5 FAKTA HIMPUNAN RAKYAT 16 SEPTEMBER WAJIB BACA..!!!
















1) SIAPA PENGANJUR?
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) akan menganjurkan Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September 2015.
Presidennya, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, Pesaka menjadi penganjur kerana rasa tercabar dengan tindakan peserta Himpunan Bersih 4 hujung bulan lalu yang menggunakan demonstrasi jalanan sebagai kaedah untuk mencapai objektif mereka.
Himpunan yang bakal berlangsung Rabu ini dikenali dengan baju berwarna merah yang menjadi pilihan para penyokongnya.
Gelaran 'baju merah' mula tersebar pada 25 Ogos apabila sekumpulan lelaki memakai baju T merah diketuai pemimpin NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos membuat demonstrasi silat anti-Bersih di hadapan pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur.
Tetapi, Mohd Ali baru-baru ini berkata peserta perhimpunan 16 Sept tidak diwajibkan memakai baju merah.



2) APA OBJEKTIF MEREKA?

Himpunan Rakyat Bersatu menggariskan lapan objektif utama:
1. Menzahirkan amaran keras supaya jangan menghina pemimpin Melayu dan menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan.
2. Menghimpun umat Melayu bagi menunjukkan solidariti sekali gus mendokong teras dan keadilan sosial seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
3. Mendesak Kerajaan supaya bertindak tegas kepada pengkhianat negara yang memfitnah serta mempertikaikan kredibiliti Kerajaan dan mahu menjatuhkan pentadbiran yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem pilihanraya.
4. Mendesak Kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran tanpa kompromi untuk memupuk perpaduan dan toleransi ke arah pembentukan bangsa Malaysia.
5. Menuntut Kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar seperti yang dijamin oleh Perlembagaan khususnya di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan pembelaan dan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.
6. Menyarankan kepada Kerajaan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan sebagai satu langkah dalam usaha-usaha Kerajaan untuk memastikan tahap keselamatan dan keamanan serta ketenteraman dalam negara sentiasa terjamin.
7. Memupuk dan menzahirkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam jati diri rakyat demi menuju ke arah satu perpaduan nasional yang mantap.
8. Memastikan tiada lagi pehimpunan seperti Bersih di masa-masa akan datang.



3) BILA DAN DI MANA?

Peserta disaran mula berkumpul Rabu ini pada pukul 11 pagi, 16 September di Bukit Bintang dan berarak ke Padang Merbok pada pukul 3 petang. Tiga lagi lokasi 'check point' yang ditetapkan adalah di Masjid Negara, Masjid Al Bukhary di Jalan Hang Tuah dan Kompleks Kraf di Jalan Conlay.Dalam pada itu, 773 penjaja dan 500 pekedai di Petaling Street bersetuju untuk menghentikan perniagaan pada 16 September ini bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.



4) SIAPA YANG AKAN HADIR?

Perhimpunan dijangka bakal dihadiri oleh kira-kira 30,000 peserta daripada 250 badan bukan kerajaan (NGO).Presiden parti Datuk Seri Najib Razak terdahulu mengesahkan, UMNO tidak menaja perhimpunan 16 September ini, namun mengakui ada beberapa pemimpin parti yang terlibat selaku wakil NGO.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dalam satu kenyataan berkata, PAS tidak terlibat dalam penganjuran acara ini dan parti itu turut melarang mana-mana ahlinya dari menghadirkan diri.



5) APA KATA PIHAK BERKUASA?


Pada Isnin, 14 September, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz memaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberikan kebenaran untuk Padang Merbok dijadikan kawasan perhimpunan aman pada 16 September ini oleh Pesaka yang membuat permohonan pada 8 September lalu.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan pada Ahad menegaskan UMNO bukan antara penganjur perhimpunan tersebut. Namun, pada masa sama, beliau yakin pesertanya akan mengikut peraturan.Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada hari yang sama turut memaklumkan pihak polis akan menggerakkan anggotanya bagi memantau Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September nanti selepas DBKL memberikan kelulusan tempat perhimpunan.
Pada Ahad, polis KL menafikan gambar dan berita kononnya, sekumpulan mat rempit berbaju merah dikatakan berkumpul dari Jalan Chow Kit dan ke Pavilion Serta Bukit Bintang yang viral di media sosial.
Read »

TERBARU..!!! 2 Warga Malaysia dan 1 Warga Pakistan...Kes Pengeboman Di Bangkok..!!!
















KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu kerana dipercayai bersekongkol dengan suspek utama kejadian pengeboman di Bangkok, bulan lalu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, penahanan dua rakyat Malaysia dan seorang warga Pakistan itu dibuat minggu lalu.
Ketiga-tiga mereka dikenal pasti menerusi perkongsian maklumat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand, dalam mengesan semua suspek yang dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Katanya, ketiga-tiga individu yang ditahan itu akan disiasat di negara ini, terlebih dahulu, sebelum mereka diserahkan kepada Polis Thailand untuk siasatan lanjut.Kita tidak akan menyerahkan suspek ini dalam masa terdekat sebelum PDRM menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti kesahihan maklumat suspek utama berada di negara ini.
Dengan maklumat dan soal-siasat yang dijalankan akan membolehkan kita bertindak, katanya pada Mesyuarat ICC Biro Maritim Antarabangsa, di sini, hari ini.
Read »

Sunday, 13 September 2015

Gempar..!!! Vapor Meletop Lagi..Betul Ker..???








Gambar-gambar seorang lelaki yang cedera akibat smoke vapor (vapor) yang digunakan meletup secara tiba-tiba di dalam mulutnya kini menjadi viral dan trending.Nummerdor memohon gambarnya disebarkan agar dapat menjadi iktibar kepada semua pengguna vapor di luar sana.Gambarnya itu telah dikongsi oleh lebih 100 ribu pengguna sejak ia dimuat naik pada 22 Mei lalu oleh akaun rakannya, Nikki Boggs.









Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa.
Walau bagaimanapun, ada segelintir pengguna yang mendakwa gambar itu adalah palsu dan mahukan bukti yang lebih kukuh untuk menyokong kenyataan serta gambar Travis itu.Bagi menafikan dakwaan bahawa gambar itu palsu, melalui ruangan komen facebook, Travis memberitahu vapor yang digunakannya itu meletup pada khamis lalu.
Walau apa pun pendapat orang ramai, sebagai pengguna vapor, perkara ini perlu diambil serius dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil.Cara yang terbaik untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lebih baik berhenti merokok, apa jenis rokok pun rasanya membahayakan nyawa manusia, tak kisahlah rokok daun ke, rokok kretek ke atau vapor sekalipun.

Read »

Gempar!! Pelakon 90-an ini kembali ke pentas lakonan dengan wajah baru...







Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Farisha Irwayu Ghali, dengan lambakan pelakon-pelakon baru kini nama Farisha Irwayu semakin dilupakan. Namun, pelakon cantik yang pernah popular dalam drama Ros Anita pada tahun 1990-an ini masih lagi menerima tawaran berlakon. Jikalau anda perasan, Farisha Irwayu memegang watak sebagai Anita dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) sebagai pelakon pembantu.

Farisha Irwayu yang kini anggun berhijab bahagia bergelar ibu tunggal kepada anak-anaknya. Malah baru-baru ini beliau membawa keluarganya pergi bercuti di Langkawi. Farisha Irwayu juga merupakan duta kepada produk jus wanita, Jus Bunga Asmara. Tidak hairanlah Farisha sentiasa tampil ceria dan berseri-seri.

Dalam perkembangan terkini, Farisha Irwayu akan muncul untuk program khas sempena bulan Ramadan 2015 di saluran RTM untuk program Ini Kan Puasa bersama barisan selebriti lain antaranya, Ana Dahlia, Maria Farida, Zaidi Omar, Sasha Saidin dan ramai lagi. Sama-sama kita nantikan, pasti ramai yang merindui Farisha Irwayu muncul di kaca televisyen. Boleh juga kita tengok Farisha Irwayu berlakon dalam drama Waris Kasih di TV3.  Jom kita enjoy gambar-gambar Farisha Irwayu yang semakin cantik berhijab.








Read »

Copyright © 2015 wak kunk

Designed by