Sunday, 13 September 2015

Gempar!! Pelakon 90-an ini kembali ke pentas lakonan dengan wajah baru...

Posted By: Qayhaiq - 06:47






Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Farisha Irwayu Ghali, dengan lambakan pelakon-pelakon baru kini nama Farisha Irwayu semakin dilupakan. Namun, pelakon cantik yang pernah popular dalam drama Ros Anita pada tahun 1990-an ini masih lagi menerima tawaran berlakon. Jikalau anda perasan, Farisha Irwayu memegang watak sebagai Anita dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) sebagai pelakon pembantu.

Farisha Irwayu yang kini anggun berhijab bahagia bergelar ibu tunggal kepada anak-anaknya. Malah baru-baru ini beliau membawa keluarganya pergi bercuti di Langkawi. Farisha Irwayu juga merupakan duta kepada produk jus wanita, Jus Bunga Asmara. Tidak hairanlah Farisha sentiasa tampil ceria dan berseri-seri.

Dalam perkembangan terkini, Farisha Irwayu akan muncul untuk program khas sempena bulan Ramadan 2015 di saluran RTM untuk program Ini Kan Puasa bersama barisan selebriti lain antaranya, Ana Dahlia, Maria Farida, Zaidi Omar, Sasha Saidin dan ramai lagi. Sama-sama kita nantikan, pasti ramai yang merindui Farisha Irwayu muncul di kaca televisyen. Boleh juga kita tengok Farisha Irwayu berlakon dalam drama Waris Kasih di TV3.  Jom kita enjoy gambar-gambar Farisha Irwayu yang semakin cantik berhijab.








About Qayhaiq

Organic Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 wak kunk

Designed by