Sunday, 4 October 2015

Talian Hayat Terakhir buat UMNO!!!! TOLAK TTPA.....




Menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), akan menjadi "talian hayat terakhir" buat Umno, kata Presiden NGO pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali.Beliau juga percaya banyak NGO dan pemikir ekonomi dalam negara ini yang membantah perjanjian tersebut, yang berunding secara rahsia."Saya nak tarik perhatian kerajaan berkaitan TPPA. Saya tinjau sebanyak 95 peratus NGO tidak setuju kerajaan menandatanganinya."Saya dengar kerajaan nak tandatangani dulu. Ini songsang. Hujan naik ke langit. Sepatutnya bentang bawa Parlimen. Tak boleh tandatangan dulu," katanya.Ibrahim juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfokuskan mengenai isu yang memberi kesan kepada rakyat dan skandal mengulit kerajaan dan kepimpinan termasuk 1MDB dan skandal dana RM 2.6 bilion."Kalau negarawan dan tokoh ekonomi kita tak setuju dengan TPPA. Masuk sekali dengan isu cukai barangan dan perkhidmatan, kadar duit jatuh, masalah Felda, pekerja MAS kena pecat, (skandal) 1MDB, sumbangan RM2.6 bilion"Kalau tandatangani juga, perdana menteri tandatangani juga maka ini (menjadi) talian hayat terakhir untuk Umno," kata bekas MP Pasir Mas di Rawang hari ini.TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas multinasional di mana AS adalah penyokong utama. Selain Malaysia, negara-negara lain yang terlibat dalam rundingan termasuk Australia, New Zealand, Vietnam, Mexico dan Kanada.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata draf perjanjian akan didedahkan kepada umum sebulan dari sekarang jika rundingan di Atlanta berakhir dengan memihak kepada Malaysia.Pusingan akhir rundingan TPPA sedang berlangsung di Atlanta, Amerika Syarikat minggu ini.




Read »

Saturday, 3 October 2015

"Saya sendiri pun tidak dibenarkan bercakap" Apa ulasan Tun M???











Tindakan tidak lagi membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat dalaman Umno dianggap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai langkah pemimpin parti menghalang bekas timbalan perdana menteri itu bersuara.
Bercakap kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis minum petang Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dia tidak berasa hairan dengan perkhabaran berkenaan.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau sendiri dihalang untuk bersuara bagi menyatakan "keburukan" Datuk Seri Najib Razak.
"Biasalah... Najib punya cara tak benarkan orang bercakap... Saya pun tidak dibenarkan bercakap," katanya.
Semalam mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihan Raya Umum (GCOC) yang biasanya dipengerusikan Timbalan Presiden Umno kini dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Surat mengenai mesyuarat yang dijadual malam esok itu dikeluarkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Bagaimanapun pada petangnya ahli GCOC dimaklumkan mesyuarat berkenaan ditangguhkan ke tarikh lain.
Tiada alasan diberikan di sebalik penangguhan berkenaan.
Walaupun disisihkan daripada jawatan dalam kerajaan, Muhyiddin masih menjadi timbalan presiden parti.
Read »

Copyright © 2015 wak kunk

Designed by